Sunday 4 December 2011

Latihan 3

Untuk Tahun 5 dan Tahun 6:

MATHEMATICS :Paper 2 . Kertas 2 
Answer ALL questions. Write your answers in the spaces provided.
Jawab SEMUA soalan. Tulis semua jawapan di ruang yang disediakan.

1.  24  110  ─  7 963  =





 2.  542  X  12  =






 3. Round off 72 683 to the nearest hundreds. 
     Bundarkan 72 683 kepada ratus yang terhampir.






4. Express 0.29 in percentage.
   Nyatakan 0.29 dalam bentuk peratus.





 5.    2 hours 10 minutes  ─  55 minutes. Give your answer in minutes.   
        2 jam 10 minit ─  55 minit.    
        Berikan jawapan dalam minit.








 6.  Puan Shima buys 4 fishes for RM 26.00. Find the average price of a fish. 
       Puan Shima membeli 4 ekor ikan berharga RM 26.00. Cari purata harga bagi seekor ikan.










 7.    3.3 kg ─  765 g =  ( State your answer in g / Nyatakan jawapan dalam g )









 8.   A car uses 5 litres of petrol for a distance of 60 km. Find the distance in km, if the car uses 8 litres
       of petrol. 
      Sebuah kereta menggunakan 5 liter petrol untuk jarak sejauh 60 km. Cari jarak dalam km jika 
       kereta tersebut menggunakan 8 liter petrol.










9.   Mr. Goh buys 80 oranges. He eats 30% of the oranges. Calculate the oranges left. 
      Encik Goh membeli 80 biji buah limau. Dia makan 30% daripada jumlah limau itu. Hitungkan bilangan 
      buah limau yang tinggal.













 10. The total price for a bottle of shampoo and 3 cans of milk is RM 18.30. A bottle of shampoo is
       priced at RM 12.90. What is the price of 5 cans of milk ? 
      Jumlah harga sebotol syampu dan 3 tin susu pekat ialah RM 18.30. Harga sebotol syampu     
      ialah   RM 12.90. Cari harga bagi 5 tin susu pekat yang sama.












Perhatian: (Emelkan jawapan ke rosidah_hamdan@yahoo.com.my)



Wednesday 30 November 2011

Latihan 1

NOMBOR BULAT : LATIHAN 1
WHOLE NUMBERS : EXERCISE 1
Tuliskan dalam bentuk perkataan bagi nombor di bawah
Write in words for the questions below

1)      5 345 768



2)      765 896


3)      3 008 161



4)      5 671 005


5)      54 007


6)      8 566 104


7)      743 120


8)      9 457 544


9)      98 102


10)   665 050

(Jawab dan emelkan kepada cikgurosidah@yahoo.com)






Latihan 2

NOMBOR BULAT : LATIHAN2
WHOLE NUMBERS : EXERCISE 2

Tuliskan dalam bentuk angka bagi soalan-soalan di bawah.
Write in numerals for the below questions
1.     1) Lima ratus dua puluh enam / Five hundred and twenty-six



2.     2) Empat ribu lapan ratus dua belas/ Four thousand eight hundred and twelve



3.     3) Sembilan juta dua ratus ribu tujuh ratus lima puluh tiga / Nine million two hundred thousand seven hundred and fifty-three



4.     4) Lapan puluh  enam ribu dua ratus empat / Eighty-six thousand two hundred and four



5.     5) Tiga ratus dua puluh sembilan ribu enam  ratus sembilan puluh lima / Three hundred twenty-nine thousand six hundred and ninety-five



6.     6) Tujuh juta empat ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus lima puluh dua / Seven million four hundred thirty-seven thousand eight hundred and fifty-two


7.     7)  Empat juta lapan ratus enam ribu dua ratus sebelas / Four million eight hundred six thousand two hundred and eleven



8.     8) Tujuh ratus tiga ribu lima ratus  empat puluh enam / Seven  hundred three thousand five hundred and fourty-six



9.     9) Empat ratus ribu lima ratus tiga / Four hundred thousand five hundred and three



10.  10) Enam juta enam ratus lima puluh tiga ribu dua ratus sembilan puluh enam / Six million six hundred fifty-three thousand two hundred ninety-six


(Jawab dan emelkan kepada cikgurosidah@yahoo.com)


Monday 28 November 2011

Sekitar Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru SBT-Hotel Quality

Slot Pengintegrasian ICT dalam P&P oleh Tn.Hj Mustaffar .
Salamsejahtera. Ingin saya kongsikan bersama antara slot2 yang dijalankan dalam kursus yang saya hadiri ini. Kursus ini memberi pengetahuan kepada peserta (guru2) bagaimana untuk mengintegrasikan ICT dalam P&P.Sangat  menarik dan memberi pengalaman dan pengalaman yang sangat berguna.
Peserta2 sedang cuba mengaplikasikan input yang diberi.

Cik Fatin-salah seorang fasilitator yang sangat banyak membantu

Urusetia dari BPG KPM memberi ucapan pada majlis penutup

Dr. Rosadah Abd Majid - Penceramah bagi  slot 'Gifted Student'.


Rehat Seketika..


 
Jom rehatkan minda sekejap..
Antara output kursus saya tempohari..'digital humor' dalam pengajaran dan pembelajaran.


OUTPUT Kursus Profesionalisme Guru SBT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, kursus saya yang bermula 21 Nov sehingga 24 Nov di Hotel Quality Shah Alam telah selesai.Banyak perkongsian ilmu yang telah saya peroleh selama 4 hari tersebut.Slot yang paling menarik ialah bagaimana mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta kursus telah dibekalkan cd bagi beberapa perisian seperti :
1) eXe1.04.1(elearning XTHML editor)
2)iSpring
3)Format Factory
4)Picpik
5) Picasa 3
Dengan menggunakan perisian2 tersebut, saya dan rakan diminta membina bahan untuk sesi P&P. Saya telah diajar bagaimana untuk memasukkan video,lagu, slaid power point, dan banyak lagi ke dengan menggunakan eXe-1.04.1.Banyak lagi yang perlu saya explore mengenai eXe-1.04.1 untuk membantu saya mengaplikasikan P&P yang lebih menarik.Insya Allah. Jika rakan2 ingin mengetahui lebih lanjut tentang eXe-1.04.1, layari laman ini :
http://www.exelearning.org/
Selamat mencuba!!






Sunday 20 November 2011

Membangunkan Kepekaan Nombor

Salam.
Di sini saya ada pautan ke laman  yang dapat menambah pengetahuan khusus dalam pembangunan kepekaan nombor murid-murid Tahap 1..Banyak maklumat yang sangat berguna untuk dikongsikan bersama.Layari laman http://www.my-rummy.com/Malaysia_Site.html 
dan untuk strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik,layari laman http://mujahid.tripod.com/strategi.html


KURSUS PROFESIONALISME GURU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KOHORT 2 DI HOTEL QUALITY, SHAH ALAM

Salam semua. Esok (21-24 Nov 2011), saya akan mula mengikuti kursus bagi guru2 SBT kohort 2. Yang dipanggil adalah guru2 Sains dan Matematik. Bila baca surat panggilan tu..ada slot pengajaran Matematik (menarik nampaknye sebab ada pengajaran digital humor..lebih kuranglah..)Tak sabar juga nak tahu pengisian kursus tu..jadi nanti bila ada kesempatan, akan saya postkan aktiviti pengajaran Matematik yang dimaksudkan tu ye??

Wednesday 9 November 2011

KEM ANAKKU SAYANG PORT DICKSON

Cikgu Shidah sedang memebri penerangan kepada semua peserta

Belajar Matematik dengan murid2 nie..lebih seronok dalam kumpulan kecil..

Baru dengar penerangan dah pening ye??belum buat lagi latihan tu...

Kami juga mendapat bantuan daripada guru2 lain

Cikgu Anis juga turut sama memberi penerangan dalam kem ini
Salam semua.Gambar-gambar yang saya masukkan nie adalah antara aktiviti sekolah saya bagi membantu murid-murid HALUS (Harapan Lulus) dalam pencapaian dan penguasaan subjek-subjek UPSR. Jika dengan saya, tentunya Matematik. Kami adakan KEM ANAKKU SAYANG ini di Hotel Seri Malaysia, PD..bukan apa, bagi suasana yang berbeza kepada anak-anak ini dengan harapan dapat sedikit sebanyak menimbulkan motivasi dalam diri bahawa mereka juga sebenarnya boleh cemerlang dalam akademik. Pengisian kem ini bukan sahaja berlandaskan akademik semata-mata tetapi juga unsur-unsur kerohanian. Cikgu doakan kejayaan kamu semua..

Friday 28 October 2011

Aktiviti Persatuan Matematik

Aktiviti Mewarna Logo Persatuan Matematik

Pertandingan Permainan G-Maths

Murid2 mmg suka 'SCRABBLE MATHS' nie..

Mula2 x faham..dah tahu main..tak nak berenti plak budak2 nie..
Salam semua..nie dah nak penghujung tahun,jadi busy nak buat laporan persatuan/kelab..Sajelah nak share,macam saya nie guru penasihat Persatuan Matematik..banyak jgklah aktiviti yg telah jalankan waktu kokurikulum (setiap Rabu)..antaranya seperti dalam gambar2 nielah.

Thursday 20 October 2011

Camne Nak Link??

Kelas KRT 16hb Oktober yang lepas dah diajar camne nak link..so nak cubalah nie.Nak try link ke wikipedia Matematik ..cuba ye??

1. Copy URL wikipedia iaitu http://en.wikipedia.org/wiki/Mathematics
 2. Buka blog masing2..buka dashboard,pilih new post.
3. Paste URL yang dicopy tadi.
4. Highlight URL tu,then click Link yang warna biru tu.
5. Paste lagi sekali URL wikipedia tadi dalam kotak yang appear tu.Test la dulu..
6.Baru click OK.

Jadi tak??

Monday 17 October 2011

Nombor Bulat:Menulis Nombor Dari Perkataan ke Bentuk Angka


Apa khabar semua?..Hari nie,saya masih mahu kongsikan bagaimana untuk mengajar tajuk Nombor Bulat (kemahiran menulis nombor  daripada bentuk perkataan kepada bentuk angka).Anak2 murid saya ramai yang masih keliru kemahiran ini. Bila saya tanya, ini antara SEBAB kenapa mereka tidak faham kemahiran ini:

  • Keliru dengan patah perkataan yang banyak.
  • Sebutan nilai tempat yang berulang,contohnya  RATUS dan RATUS RIBU,PULUH dan PULUH RIBU.
  • Tak pasti bilangan digit yang perlu ditulis.
  • Tak tahu nak letak angka2 tu di nilai tempat/rumah  yang mana.
  • MEMANG TAK FAHAM LANGSUNG.. 

Kaedah yang saya gunakan???
  1.  Gariskan/bulatkan nilai tempat (rumah) JUTA dan RIBU. Contohnya:

Tiga juta dua ratus lima puluh enam ribu empat ratus tiga puluh sembilan.

(Panjang yek??Betul jugakan..patut pun budak2 nie kata susah….tapi TAKPE..)

    2.       Lepas digariskan/dibulatkan nilai tempat tu,suruh murid2 buat 7 garis/blank macam nie;

            ____  juta ____  ____  ____   ribu ____  ____ ____

             (Jangan lupa tulis JUTA dan RIBU antara petak2 tu macam yang saya buat)

    3.   Balik semula pada soalan, saya mulakan dengan perkataan selepas RIBU (maksudnya nilai   
           tempat ratus/puluh/sa)-  empat ratus tiga puluh sembilan.

    4.       Minta murid tulis dalam angka ‘empat ratus tiga puluh sembilan’ .Jawapan  439. Suruh murid
           sebut semula  angka yang ditulis tu, SAMA tak dengan sebutan dalam perkataan? Kalau yakin 
           betul, isi angka2 tu dalam 3 petak  yang akhir sekali. Jadi macam nie ;
     
                     ____ juta ____  ____ ____  ribu        9
 
   5.    Kemudian, buat pula untuk perkataan selepas JUTA (maksudnya nilai tempat ratus ribu/puluh
          ribu/ribu)-sama juga; dua ratus lima puluh enam
   
   6.   Minta murid tulis dalam angka ‘dua ratus lima puluh enam’ .Jawapan  256. Suruh murid sebut 
         semula  angka yang ditulis tu, SAMA tak dengan sebutan dalam perkataan? Kalau betul, isi    
         angka2 tu dalam  3 petak  yang tengah pula.Jadila macam nie pula..

          ____ juta    6   ribu  4  3  9

  7.  Dan yang terakhir,barulah isi angka/digit yang nilai JUTA tu pula..senang aje yang ini..kalau 
      dalam soalan tulis tiga juta,maka isilah petak yang mula2 tu dengan angka 3..macam nie.
           3  juta 2  5  6  ribu 4  3  9

Akhir sekali,tulis semula angka2 tersebut dalam bentuk yang normal.. …….jangan ada  garis kosong. Iaitu...3  256  439.

KEMUSYKILAN??

Macam mana kalau tak cukup 3 digit,contoh dua juta sembilan puluh tiga ribu sebelas

JAWAPAN
Caranya tetap sama CUMA ingatkan murid,tulis angka sebagaimana ianya disebut. Contoh di atas tu,’sembilan puluh tigajadi tulis sebagai 093 dan ‘sebelas’ ditulis sebagai 011..sebab SEMUA garis mesti diisi.Yang penting,ingatkan murid,angka mesti sama dengan sebutan di mulut..

Jadinya,itulah kaedah yang saya gunakan untuk ajar kemahiran ini kepada murid2 saya di sekolah.Kalau murid tahun 5, setakat 6 digt sahaja,jadi 6 garis sahajalah.
Mana yang rasa boleh diguna pakai..sama2lah kita kongsikan dan sebar2kan..terima kasih!!



 Papan kotak ajaib yang dicipta untuk kemahiran murid





Contoh bila murid dah letak kad angka


 









Saturday 15 October 2011

Kem Matematik Tahun 6

Sebulan sekali,Panitia Matematik mengadakan program 'Kem Matematik' bagi murid-murid HALUS (Harapan +  Lulus  = HaLus) terutama murid Tahun 6.

Pn. Anis memberi penerangan
Murid HALUS yang mengikuti Kem Matematik
Nama program : Kem Matematik
Sasaran    : Tahun 4, 5 dan 6
Kekerapan: Sebulan sekali
Tempoh : 2.30 petang - 5.00 petang

Penglibatan : Guru Matematik
Dengan bantuan : Pelajar UiTM, MSU

Masalah : Menyebut & Menamakan Nombor 7 Digit

Assalamualaikum..
Dalam kelas saya,tak semua murid menguasai topik ini dengan baik.Bila saya tulis nombor di papan putih,terkebil2 nak menyebut nombor tu..atau pun tersasul memanjang sambil garu2 kepala. Saya dapati mereka ni boleh menyebut nombor setakat 4 digit sahaja (sampai rumah ribu) sahaja yang lancar.Lebih daripada itu..memang 'sakit'..Jadi apa yang saya buat?


1. Saya pisahkan angka ikut 'nisbah' 1:3:3..Apa tu?? Contoh : 5    840    558.

2. Saya guna 2 sahaja nilai tempat yg utama iaitu  JUTA dan RIBU seperti ini:
                             5  juta   840  ribu  558.
         Lazimnya saya buat garis pemisah antara nilai juta dan ribu.

3. Saya mula dengan 3 digit terakhir iaitu 558 .Sebut berulangkali.'Lima ratus lima puluh lapan'
4. Saya beralih pula kepada 3 digit yang tengah. Saya tutup 3 digit yang akhir.
5.Saya  meminta mereka menyebut seperti nombor bagi rumah ratus/puluh/sa iaitu 'Lapan ratus empat puluh' TANPA menyebut ribu.
6. Selepas diulang beberapa kali,baru saya mengarahkan mereka menyebut 'Lapan Ratus Empat Puluh' diikuti dengan menyebut RIBU.
7.Pada peringkat ini,saya menekankan kepada sebutan 'ratus' yang mungkin berulang pada 3 digit tengah dan 3 digit akhir.
8. Hanya setelah mahir menyebut 6 digit tersebut,barulah saya teruskan dengan nilai rumah JUTA.
**ajar murid menyebut dari sa,puluh,ratus,ribu,puluh ribu,ratus
ribu dan juta**

Friday 14 October 2011

Tuesday 11 October 2011

Masalah P&P-Nombor Bulat Sehingga 7 Digit

Salam sejahtera semua..

Sebagai guru  Matematik Tahun 6,tentunya saya inginkan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam subjek ini khususnya bagi peperiksaan UPSR.Itu harapan dan impian saya kepada semua anak murid saya di sekolah ini. Awal tahun ini,saya ditugaskan sebagai guru kelas 6 Delima merangkap sebagai guru Matematik kelas tersebut..6 Delima???Dalam hati agak terusik juga mengenangkan ini kelas yang terakhir dalam aliran tahun 6..tetapi sudah diamanahkan oleh Guru Besar ..dengan besar hati saya menerima tugasan tersebut..

Melalui pemerhatian secara jawab lisan mengenai tajuk ini di awal kelas,saya dapati saya bakal menghadapi masalah yang 'agak' sukar.Apa dia???Boleh dikatakan murid2 dalam kelas ini masih belum cekap/mahir untuk menama dan menyebut nombor dengan betul.Mereka ambil masa yang agak lama untuk menyebut nombor 7 digit yang dikemukakan oleh saya. Tambahan pula ada dua subkemahiran iaitu menama dan menulis dari bentuk angka kepada bentuk perkataan dan menulis nombor dalam bentuk angka dari bentuk perkataan. Macam mana nak ajar kemahiran lain yang lebih sukar sedangkan nombor pun tidak boleh disebut dengan betul?


Saya cuba2 bertanya kepada guru Matematik yang lain,apa masalah yang mereka hadapi..manalah tahu kalau ada yang 'seangkatan' dengan saya?Bolehlah kami mencari jalan penyelesaian. Cikgu Mazzura (guru Matematik Tahun 5 Berlian-juga kelas paling akhir) turut menghadapi masalah yang sama. Katanya murid tidak boleh menyebut nombor dengan betul. Rehat pagi itu,topik kami berkisar tentang bagaimana nak mengajar tajuk ini..kena cari idea ni....

Monday 10 October 2011

Sebagai Guru Matematik..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masuk tahun ini (2011),bermakna 7 tahun saya menjadi seorang guru..dan sudah 5 tahun mengajar Matematik Tahun 6. Perasaan saya??..Bercampur baur..berasa seronok kerana dapat mencurah ilmu untuk anak2 Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR..Saban tahun masa hujung minggu dipenuhi aktiviti wajib kelas tambahan bersama mereka..Adakalanya sedih juga apabila murid gagal memahami pengajaran saya khususnya murid2 kelas akhir..pasti ada kelemahan di pihak saya..

Banyak pengalaman saya apabila bercakap tentang pengajaran Matematik dengan anak2 ini.Macam2 ragam dan kerenah..semuanya mewarnai tugas saya sebagai seorang guru. Namun,demi amanah dan tanggungjawab ini,saya terus dan terus berusaha demi memastikan anak2 ini berjaya dalam kehidupan mereka kelak.Insya Allah..

Suatu ketika dahulu...

Ketika masih di bangku sekolah rendah,subjek Matematik tidak tersenarai sebagai subjek yang diminati dek kerana gerun kepada cikgu Matematik yang garang. Dirotan, didenda adalah lumrah tatkala tugasan guru tidak disiapkan.Namun begitu,tidak pula sehingga membuang jauh2 subjek ini  atau membenci guru hanya kerana sering dimarahi. Tetap berusaha untuk menimbulkan minat sekali pun banyak 'halangan' yang dibuat2.Arwah abah pesan,"Belajar Matematik sampai betul2 faham..kalau tidak..besar nanti senang ditipu orang."

Berada di sekolah menengah..makin pening kepala.Makin besar nombor,makin banyak rumus.Tapi yang peliknya...semakin seronok!!Sebab??? Dapat cikgu Matematik best..Nampak macam mudah je subjek nie sebenarnya..Betullah..sebab cikgu tu benar2 ihklas mengajar anak muridnya dan muridnya pula benar2 ikhlas nak belajar..Bila sendiri dah jadi cikgu Matematik..tertanya2 juga..aku nie guru yang macam mana ye??

Sunday 9 October 2011

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Alhamdulillah hari ini saya telah berjaya mencipta blog walau rupanya kelihatan biasa-biasa sahaja.. Terima kasih kepada anak murid (Huda & Aida) yang sudi mengajar bagaimana untuk membina blog.Terima kasih jua kepada rakan seperjuangan serta semua yang sudi melayari blog saya ini.Diharap dapat memberi pandangan dan info yang dapat dikongsikan bersama.
 Insya Allah,akan saya kemas kini blog ini dengan info-info terkini yang dapat membantu saya dan rakan yang lain dalam mengaplikasikan pedagogi terbaik untuk anak-anak kita.