Apa khabar semua?..Hari nie,saya masih mahu kongsikan bagaimana untuk mengajar tajuk Nombor Bulat (kemahiran menulis nombor daripada bentuk perkataan kepada bentuk angka).Anak2 murid saya ramai yang masih keliru kemahiran ini. Bila saya tanya, ini antara SEBAB kenapa mereka tidak faham kemahiran ini:
- Keliru dengan patah perkataan yang banyak.
- Sebutan nilai tempat yang berulang,contohnya RATUS dan RATUS RIBU,PULUH dan PULUH RIBU.
- Tak pasti bilangan digit yang perlu ditulis.
- Tak tahu nak letak angka2 tu di nilai tempat/rumah yang mana.
- MEMANG TAK FAHAM LANGSUNG..
Kaedah yang saya gunakan???
- Gariskan/bulatkan nilai tempat (rumah) JUTA dan RIBU. Contohnya:
Tiga juta dua ratus lima puluh enam ribu empat ratus tiga puluh sembilan.
(Panjang yek??Betul jugakan..patut pun budak2 nie kata susah….tapi TAKPE..)
2. Lepas digariskan/dibulatkan nilai tempat tu,suruh murid2 buat 7 garis/blank macam nie;
____ juta ____ ____ ____ ribu ____ ____ ____
(Jangan lupa tulis JUTA dan RIBU antara petak2 tu macam yang saya buat)
3. Balik semula pada soalan, saya mulakan dengan perkataan selepas RIBU (maksudnya nilai
tempat ratus/puluh/sa)- empat ratus tiga puluh sembilan.
4. Minta murid tulis dalam angka ‘empat ratus tiga puluh sembilan’ .Jawapan 439. Suruh murid
sebut semula angka yang ditulis tu, SAMA tak dengan sebutan dalam perkataan? Kalau yakin
betul, isi angka2 tu dalam 3 petak yang akhir sekali. Jadi macam nie ;
____ juta ____ ____ ____ ribu 4 3 9
5. Kemudian, buat pula untuk perkataan selepas JUTA (maksudnya nilai tempat ratus ribu/puluh
ribu/ribu)-sama juga; dua ratus lima puluh enam
6. Minta murid tulis dalam angka ‘dua ratus lima puluh enam’ .Jawapan 256. Suruh murid sebut
semula angka yang ditulis tu, SAMA tak dengan sebutan dalam perkataan? Kalau betul, isi
angka2 tu dalam 3 petak yang tengah pula.Jadila macam nie pula..
____ juta 2 5 6 ribu 4 3 9
7. Dan yang terakhir,barulah isi angka/digit yang nilai JUTA tu pula..senang aje yang ini..kalau
7. Dan yang terakhir,barulah isi angka/digit yang nilai JUTA tu pula..senang aje yang ini..kalau
dalam soalan tulis tiga juta,maka isilah petak yang mula2 tu dengan angka 3..macam nie.
3 juta 2 5 6 ribu 4 3 9
Akhir sekali,tulis semula angka2 tersebut dalam bentuk yang normal.. …….jangan ada garis kosong. Iaitu...3 256 439.
KEMUSYKILAN??
Macam mana kalau tak cukup 3 digit,contoh dua juta sembilan puluh tiga ribu sebelas
JAWAPAN
Caranya tetap sama CUMA ingatkan murid,tulis angka sebagaimana ianya disebut. Contoh di atas tu,’sembilan puluh tiga’jadi tulis sebagai 093 dan ‘sebelas’ ditulis sebagai 011..sebab SEMUA garis mesti diisi.Yang penting,ingatkan murid,angka mesti sama dengan sebutan di mulut..
Caranya tetap sama CUMA ingatkan murid,tulis angka sebagaimana ianya disebut. Contoh di atas tu,’sembilan puluh tiga’jadi tulis sebagai 093 dan ‘sebelas’ ditulis sebagai 011..sebab SEMUA garis mesti diisi.Yang penting,ingatkan murid,angka mesti sama dengan sebutan di mulut..
Mana yang rasa boleh diguna pakai..sama2lah kita kongsikan dan sebar2kan..terima kasih!!
| |||||||
| |||||||
|
No comments:
Post a Comment